Saturday, September 21, 2013

Aku Bahagia Menjadi Yg Halal untukmu syg :)

 
Majlis sebelah lelaki kat taman.. :)
Suke tgk pic ni..thnks to our photographer!!

Wednesday, September 18, 2013

Jom amalkn ;)

Renungan utk diri sndiri dan para isteri yg lain ;)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah s.w.t. terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah s.w.t melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah s.w.t.

Empat syarat tersebut adalah seperti berikut :

1. Pertama : Melakukan solat lima waktu.
Solat merupakan pemisahan antara keimanan dan kekufuran yang haq dan yang bathil. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)

2. Kedua : Puasa di bulan Ramadhan.
Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :: “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim )

3. Ketiga : Menjaga maruahnya.
Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo’a kepada Allah hingga menitiskan air mata.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)

4. Keempat : Mentaati perintah suami.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Carilah suami yg dpt meminpin kita ke arah kebaikan..jgn cari kesempurnaan..tp selidik imannya..alhandulillah sha bersyukur dikurnikan suami yg mengajak sha bersolat berjemaah dan bende2 kebaikn...itu yg buatkn iktan kami semakin kuat dan kuat..i love u mr suami :)

Sunday, September 15, 2013

Alhamdulillah... :))

assalamualaikum...
Alhamdulillah tnggal 31 ogos 2013 sha kini sah mnjadi isteri kpda suami tercnte....hnye dgn sekali lafaz...mjlis n akd nikah buat hari yg same...so agak kelam kabut tapi Alhamdulillah sumnye berjalan ngn lancar sekali...thnks kat family yg byk sgt mmbntu jyekan mjlis ni...babah ngn bbu org yg super duper bz uruskan pe yg patut...n sha tugas kne setelkn borng nikah..sume tu setelkn sndiri jer...bende baik insyallah allah akn permudahkan... :)

majlis belah sha tema hitam pink..n ramai yg ckp tema tu lain dari yg lain..hehe..n jurugmbar pun ckp tema tu agk unik n jrng org buat...warna baju plak kaler dusty pink..warna pastel..belah laki plak warna peach..dusty orange kot..hehe..belah laki kami buat kt taman...tp cuace skng kn selalu hujan..so tk smpt nk amik gmba outdoor lame2..sedih.. :(

tapi tkperla..janji sumenye setel...cpt sgt mase berlalu...tgk2 da 15 hari jadi wife insan tercnte..n I love him soo much...disebabkn sha tgh belajar lagi so weeknd je dpt jmpe mr suami..hari lain sha still ddk ngn parents sha...sian mr suami ddk sorng2...tahan tau syg..akhir tahun ni setel dh..insyallah...

haa..nk cter pasal goodies bag...utk lelaki sha bg tasbih yg sha n bubu buat sndiri..mmg sakit tgn2 ni tp Alhamdulillah berjaye hasilkn 200 lebey tasbih yg Kristal tu...klu nk beli mau kene 8 hinggit satu...tu tk termsuk kotak..so sha ngn bbu rancg nk buat sndiri tasbih Kristal tu n letak dlm kotak...tp tu utk tetamu lelaki sje...utk prmpuan plak sha bg brooch sekali ngn ank tu..haa..tu tk pnh org bg lagi setakat ni n kami sje buat lain dari lain...n Alhamdulillah ramai yg suke doorgift kami.. :))

pasal honeymoon plak tk tefikir lg nk g mne..mr suami trngin sgt nk jln2 kt eropah...sha plak nk sgt pg korea...tp disebabkn sha tkde mse nk pg kelas bagai so kne tunda tahun dpn kot...insyallah..

hurmm...pe lagi nk cter psal mjlis aritu ek...nnti la fkir blk..esok de kelas pg so kne tdo awl..mr suami da pesan jgn tdo lewat2...oklah..smpi sni je..babaiiii... :)