
Jom kita amalkan...insyallah smge kte dpt mnjdi isteri yang solehah kelak.. :)
- Sentiasa mencintai & menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati & menyayangi keluarganya sendiri.
- Sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan muhrimnya & pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
- Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumahtangga mereka.
- Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan & kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.
- Isteri sedia memberikan layanan & kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan & kebahagian dari sebarang masalah kerja.
- Isteri yang sentiasa menjaga rahsia & maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.
- Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana & tidak membazir.
- Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan & kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suaminya tidak mampu menunaikan.
- Isteri yang sentiasa bersyukur & tenang, samaada menerima nikmat atau pun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas & tanggungjawab sebagai isteri & ibu serta perintah Allah dengan tabah & sabar.
- Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
- Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
- Sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.
- Sentiasa mendahulukan keperluan suami drpd keperluannya sendiri.
- Sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dlm perkataan dan juga perbuatannya.
- Menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dgn senyuman sewaktu suaminya pulang.
(Petikan dari buku “Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa”)



No comments:
Post a Comment